Rakyat Malaysia paling awal salur bantuan ke Palestin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Orang ramai yang bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin di Gaza boleh menyalur bantuan melalui NGO kerana tidak ada caj pengurusan dan lebih cepat.

Wakil Malaysia The Palestinian Association For Development & Benevolent Works Nazri Deraman berkata, sumbangan yang dikumpul NGO kemudian dihantar secara terus ke Gaza.

Katanya, usaha rakyat Malaysia membantu umat Islam di Palestin boleh dibuat dengan menyalur dana melalui pelbagai pihak tanpa melalui wakil kedutaan Palestin yang diwakili Fatah.

- Advertisement -

“Saya merakam ucapan terima kasih di atas keprihatinan semua dalam hal-hal berkaitan Palestin terutama NGO yang menjalankan kutipan derma untuk membantu saudara kita di Palestin dan pembebasan Al Aqsa,” katanya di sini.

Baru-baru ini ada kenyataan dikeluarkan wakil kedutaan Palestin di Malaysia yang dilapor mendakwa bantuan yang diusahakan NGO Malaysia tidak sampai kepada pihak pengurusan Masjid Al Aqsa.

Nazri yang juga pengasas Cakna Palestin Malaysia berkata, NGO Malaysia tidak menghulurkan derma kepada kepada pengurusan masjid Al Aqsa kerana masjid itu dibiayai Kerajaan Jordan.

Menurutnya juga dakwaan NGO mengenakan caj yang tinggi tidak timbul kerana NGO mempunyai sumber kewangan lain bagi menampung kos pengurusan.

“Saya terlibat lebih 30 tahun dalam banyak NGO dan lebih 20 tahun bersama NGO Palestin. Kalau pun perlu ambil daripada sumbangan orang ramai, kebiasaannya NGO ambil sekitar 10 peratus untuk tujuan pengurusan,” ujarnya.

Kata beliau juga kenyataan negatif tersebut dianggap bertujuan untuk menghalang dan mengurangkan semangat dermawan rakyat Malaysia yang agak terkehadapan menyalurkan bantuan ke Palestin.

Beliau juga berkata, usaha yang lakunya sebelum ini menyalur terus bantuan ke Gaza dengan melakukan pindahan wang atau melalui NGO di Gaza.

“Kami kumpulkan dana setiap hari dan jam 10 hingga 10.30 malam kami transfer. Insyaallah dalam masa kurang tiga jam bantuan itu dimanfaatkan umat Islam di Palestin melalui gambar yang dihantar NGO di sana,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/5/2021

- Advertisement -