Dr Aliakbar sumbang elaun satu bulan untuk #Aid4Palestine

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN), Dr Aliakbar Gulasan menyumbangkan elaun satu bulan sebagai ADUN untuk disalurkan ke dana #Aid4Palestine.

Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai komitmen dan solidariti membantu saudara di Palestin yang tertindas akibat kekejaman rejim Israel.

Isu Palestin dan al-Quds adalah bersifat sarwajagat merentasi kaum, agama dan kepentingan politik, katanya.

Advertisement

Justeru itu, beliau mengajak semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyalurkan sumbangan kepada tabung bantuan untuk Palestin #Aid4Palestine.

Sekretariat #Aid4Palestine ditubuhkan hasil kerjasama lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan menggerakkan misi mengambil tindakan proaktif dan segera dalam membantu perjuangan rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Zionis.

Sekretariat itu berperanan menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dengan sasaran kutipan sebanyak RM1 juta.

Dalam pada itu, Aliakbar yang juga Setiausaha PAS Sabah, menyeru orang ramai bersama mendoakan kesejahteraan umat Islam Palestin dan beroleh kekuatan serta memohon kepada Allah SWT untuk mengalahkan Israel dan sekutunya. – HARAKAHDAILY 15/5/2021