Bantu rakyat Palestin bebaskan Masjidil Aqsa

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki merayu semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melancarkan kutipan derma untuk membantu rakyat Palestin yang berjuang membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi Israel laknatullah.

Beliau berkata usaha ini bagi menyahut seruan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Advertisement

Katanya sebagaimana yang diumumkan oleh sekretariat Aid4Palestin, tiga NGO telah diputuskan untuk sebarang saluran kewangan yang diusahakan oleh NGO-NGO, iaitulah Muslim Care, Yayasan Amal Malaysia dan Cakna Palestin.

Katanya sebagai tanda prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan rejim Israel laknatullah, anda boleh menyalurkan bantuan secara crowdfunding tiga melalui NGO berikut.

Muslim Care Malaysia (Palestine)
MAYBANK : 5644-9021-1159
http://www.wasap.my/+601150050035/Aid4Palestine

YAYASAN AMAL MALAYSIA
CIMB BANK : 8600-296190
http://www.wasap.my/601161989358/DanaAqsa

CAKNA PALESTIN
MAYBANK : 5530-3803-3881
http://www.wasap.my/+601126162010/ALQUDSdiserang – HARAKAHDAILY 15/5/2021