MP hargai keringat petugas Pejabat Agung PAS

- Advertisement -

- Advertisement -

KOTA BHARU: Mengambil kira kesukaran dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang petugas Pejabat Agung PAS Pusat turut menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Pegawai Khasnya Mohd Shobri Mat Yaakub berkata sumbangan berupa duit raya itu disampaikan kepada 24 kakitangan pada akhir Ramadan lepas.

Katanya sumbangan itu di atas keprihatinan wakil rakyat terbabit bagi meringankan beban petugas berkenaan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Lagi pun dalam suasana sekarang ramai yang terkesan akibat penularan wabak pandemik Covid-19,” katanya di sini.

Menurutnya Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II tidak dapat menyerahkan sendiri sumbangan itu kerana ada urusan di tempat lain.

Mohd Shobri juga berkata, sumbangan terbabit dianggap sebagai suntikan motivasi kepada kakitangan Pejabat Agung PAS yang istiqamah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Menurutnya juga peranan mereka begitu penting memandangkan PAS sekarang sebahagian parti kompenan kerajaan Perikatan Nasional yang menerajui pentadbiran di Putrajaya. – HARAKAHDAILY 14/5/2021

- Advertisement -