109 rakyat Palestin telah terkorban

RATUSAN keluarga rakyat Palestin mula meninggalkan rumah mereka di utara Semenanjung Gaza akibat pengeboman berterusan oleh pesawat pejuang tentera rejim zionis Israel di kawasan tersebut. (Gambar 1)

Puluhan roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah pengkalan tentera udara Hastrem milik Israel di barat Beersheba. (Gambar 3)

Advertisement

Siren amaran kedengan di timur Tel Aviv, Ashdod, Askelan, Modayin, Ramla, Al-Ladd, Ircon, Beit Arief, Bani Attarout, Tirat, Beit Nahmiah, Azar, Gatafi, Lakhish, Yavni, Matah, Knut, Kaqfar Mordechai, Lejid, Oneistan, Shutulim, Batsrut dan Hatsur akibat puluhan peluru berpandu yang dilancarkan dari Gaza.

Angka korban terkini rakyat Palestin telah meningkat kepada 109 orang termasuk 28 orang kanak-kanak dan 15 wanita serta lebih 621 yang cedera sebagaimana dilaporkan Kementerian Kesihatan Gaza akibat daripada hampir 1,000 sasaran tentera rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza.

Kuwait telah memulakan tabung untuk mengumpul USD100 juta bagi pembangunan semula Gaza.

Tentera udara rejim zionis Israel telah menyasarkan peluru berpandu terhadap Hospital Beit Hanoun yang berada di utara Semenanjung Gaza.

Tentera rejim zionis Israel dilaporkan menembak peluru berpandu kepada sekumpulan wartawan yang sedang membuat liputan di utara Gaza dan mengakibatkan semua wartawan terbabit mengalami kecederaan.

Berlaku pertempuran sengit di antara anak muda Palestin dengan pendatang haram yahudi di bandar Al Ladd.

Kebakaran besar berlaku di bandar Ramla akibat peluru berpandu yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza. (Gambar 2)

Puluhan keluarga pendatang haram yahudi di bandar Al Ladd lari meninggalkan kediaman mereka setelah mendengar siren amaran akibat peluru berpandu yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 14/5/2021