PGA tahan lelaki bawa ubat batuk 160 gelen

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerak Am (PGA7) kerana dipercayai membawa 160 gelen cecair disyaki ubat batuk bernilai RM190,000.

Pegawai Pemerintah Medan, Supt Azhari Nusi berkata, tangkapan itu dibuat menerusi Op Benteng di Pasir Mas jam 4 pagi tadi.

- Advertisement -

Beliau berkata, rampasan itu dibuat setelah pihaknya mendapat maklumat berkaitan sebuah lori jenis Hicom Perkasa yang mencurigakan dikesan di hadapan Sekolah Pendidikan Khas Kelantan.

“Hasil pemeriksaan ditemui 40 kotak berwarna coklat di mana di dalam kotak tersebut dapati 160 gelen cecair ubat batuk,” katanya pada kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan lanjut didapati cecair berkenaan diperolehi daripada seorang lelaki di Puchong Perdana, Kuala Lumpur.

Katanya, barangan tersebut dibawa ke Kelantan dengan taktik menggunakan tilam sebagai usaha untuk mengabui mata pihak berkuasa.

Azhar menambah, bekalan ubat jenis kodien itu untuk pasaran tempatan di samping diseludup ke Thailand untuk tujuan pemprosesan. – HARAKAHDAILY 12/5/2021

- Advertisement -