Masyarakat antarabangsa unjuk solidariti di media sosial

- Advertisement -

KOTA BHARU: Umat Islam di seluruh dunia hendaklah bersatu hati dan bertindak segera bagi memberi mesej yang jelas terhadap kezaliman rejim haram zionis ke atas umat Islam di Palestin.

Oleh itu Pertubuhan NGO Cakna Palestin mengajak orang ramai bersama dengan perjuangan rakyat Palestin bagi membebaskan bumi Palestin dan Masjid Aqsa daripada terus dikuasai zionis.

Presiden Cakna Palestin Malaysia Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, pihaknya mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan pendatang Yahudi dan serangan tentera regim haram zionis ke atas rakyat Palestin.

Katanya serangan dilakukan ketika penduduk Palestin sedang beribadat di Masjid Aqsa pada 7 Mei lepas.

- Advertisement -

“Perbuatan itu bukan kali pertama berlaku bahkan setiap tahun berlaku pencerobohan sejak penubuhan regim haram zionis di bumi al-Quds,” katanya pada kenyataan di sini.

Serangan zionis ketika umat Islam sedang solat di Masjid Aqsa baru-baru mencederakan lebih 200 rakyat Palestin.

Malah zionis turut mengusir secara paksa rakyat Palestin dari rumah-rumah mereka di Syeikh Jarrah, Baitulmaqdis.

Wan Sharafi berkata, perbuatan itu jelas melanggar hak asasi manusia dan undang- undang antarabangsa.

Menurutnya juga penjajahan haram zionis bermula setelah jatuh kerajaan Othmaniah pada 1948.

“Israel hendak menyambut ulangtahun kemenangan meraikan kewujudan negara Israel pada 14 Mei 1948 yang dikenali sebagai Jerusalem Day.

“Zionis memulakan langkah secara agressif dengan membuat rampasan rumah penduduk Palestin di kejiranan Syeikh Jarrah,” katanya.

Kezaliman zionis tersebut mengundang perhimpunan besar-besar penduduk haram bagi memberi tekanan kebatas umat Islam di kawasan Masjidil Aqsa.

Keadaan dijangka semakin tegang sehingga 15 Mei ini iaitu ulang tahun Nakbah (peristiwa yang merampas tanah Palestin).

Pada 28 Ramadan Israel melancarkan tiga serangan roket ke Gaza dan satu daripadanya berjaya dipintas.

Oleh itu Cakna Palestin mengajak masyarakat antarabangsa menunjukkan solidariti di media sosial bagi memberi tekanan kepada kerajaan haram zionis.

Menurutnya juga hasil jalinan strategik di Bumi Gaza sehingga sekarang lebih RM200,000 disumbang Cakna Palestin dengan kerjasama NGO lain di negara ini bagi membantu umat Islam di Gaza.

Orang ramai juga boleh menyalur sumbangan melalui akaun BIMB – 0301 8010 1229 39 atau Maybank – 5530 3803 3881 atas nama Cakna Palestin. Makluman lanjut boleh layari www.caknapalestin.org – HARAKAHDAILY 11/5/2021

- Advertisement -