PAS Perak tempelak serangan rejim Zionis laknatullah

- Advertisement -

PAS Perak mengecam keras tindakan terkutuk rejim Zionis Israel yang menyerang umat Islam di Masjidil Aqsa dengan merampas penempatan penduduk Palestin di perkampungan Sheikh Jarrah baru-baru ini.

PAS Perak berpandangan bahawa tindakan terbaharu rejim Zionis ini adalah melampau, tidak berperikemanusiaan dan boleh menambah keganasan yang mengancam keselamatan serta keamanan dunia.

- Advertisement -

PAS Perak menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan semua negara Islam mengambil tindakan yang tegas dan membela nasib mangsa kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di bulan Ramadan yang mulia ini.

PAS Perak juga menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar terus memanjatkan munajat dan pengharapan kepada Allah S.W.T demi kesejahteraan buat saudara seagama kita di sana sebagai solidariti kita mempertahankan bumi Al-Quds.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 10/5/2021

- Advertisement -