PAS Kedah hargai sumbangan petugas

- Advertisement -

ALOR SETAR: Seramai 50 kakitangan Pejabat Pentadbiran Perhubungan PAS Kedah menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Setiausaha PAS Kedah Ustaz Musoddak Ahmad berkata, program tahunan itu sebagai menghargai peranan mereka membantu melancarkan urusan pentadbiran PAS negeri.

- Advertisement -

“Sebenarnya kita merancang untuk mengadakan majlis iftar bersama keluarga namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) program terpaksa dibatalkan.

“Berikutan itu majlis sumbangan terpaksa dibuat secara ringkas,” katanya pada program yang diadakan di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut hari ini.

Turut menerima sumbangan termasuk kakitangan pejabat Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Kompleks Anak-Anak Yatim (DAYA) serta individu yang membantu pentadbiran PAS.

Musoddak juga berkata, tahun ini sumbangan turut diberikan kepada bekas kakitangan Pejabat PAS sebagai mengingati jasa dan khidmat yang mereka curahkan sebelum ini.

Selain menerima barangan keperluan harian, kakitangan turut menerima duit raya. Sumbangan tersebut disampaikan Pesuruhjaya PAS Kedah Senator Ahmad Yahaya. – HARAKAHDAILY 10/5/2021

- Advertisement -