PAS cakna warga kurang berkemampuan di Inderapura

- Advertisement -

KUANTAN: Jabatan Pilihan Raya DUN (JPrD) Inderapura telah menghulurkan sumbangan berbentuk juadah berbuka puasa dan barangan keperluan dapur kepada 140 buah keluarga kurang berkemampuan, semalam.

- Advertisement -

Dengan kerjasama Pemuda PAS Kawasan Kuantan dan Lajnah Kebajikan PAS Kuantan rombongan turun di semua Unit Daerah Mengundi (UDM) iaitu Ceruk Paloh, Ubai, Kampung Pahang, Kampung Belukar dan Taman Guru, di sini.

Pengarah JPRD Inderapura, Hashim Mat Zain telah mengetuai rombongan ziarah dan diiringi oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan, Khairul Nizam Che Mustofai dan Ketua LKK PAS Kuantan, Nawi Abdullah.

Turut bersama hadir Ketua Halwa Inderapura, Ustazah Rosmani Mustafa bersama Ahli Jawatankuasanya menyantuni setiap penerima menerusi kunjungan dari rumah ke rumah tersebut.

“Semoga sumbangan yang di berikan dapat meringankan sedikit bebanan yang di hadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan ini terutama di musin pendemik COVID-19 ini.

“Saya berharap agar usaha mendekati golongan ini dapat menjalin hubungan lebih rapat dengan mereka di samping mendengar sedikit sebanyak permasalahan mereka.

“Sumbangan dan ziarah ini akan terus diadakan pada masa akan datang dan mengharapkan ramai penderma akan memberikan sumbangan sebagai dana untuk sumbangan kebajikan golongan yang kurang berkemampuan ini.

“Senyuman mereka adalah kegembiraan kami. Inilah moto pelaksanaan program sumbangan kami. Mudah-mudahan sedikit sumbangan dan jalinan ukhwah antara kami mampu membuat mereka tersenyum dan ceria.

“Program sumbangan dan ziarah ini telah di laksanakan selama empat hari dan telah berakhir semalam,” maklum Hashim. – HARAKAHDAILY 10/5/2021

- Advertisement -