Palestin dan negara Arab yang mengecewakan

- Advertisement -

HARI ini kita menyaksikan serangan Zionis Israel ke atas al Quds untuk merealisasikan projek penjajahan mereka sejak sekian lama. Di manakah negara-negara Arab yang berada di sekeliling Palestin?

Seawal kejatuhan Uthmaniah, Arab telah tertipu dengan Lawrance Arabia lantas mencetuskan Revolusi Agung Arab 1916-1918. Hasilnya Palestin dimasuki oleh orang-orang Israel dengan kapal British.

- Advertisement -

Ketika PBB mengisytiharkan Negara Haram Israel di atas tanah Palestin pada 1947, negara-negara Arab di sekitarnya ada melancarkan serangan ke atas Israel, namun tidak berjaya kerana mereka menerima back up kuat daripada Amerika yang berjaya dalam WW2

Sejak Arab Spring 2011, negara-negara Arab yang terkena mainan Barat sedikit demi sedikit mula mengadakan hubungan normalisasi dengan Israel. 

Hasil hubungan intim dengan Israel, UAE dilihat berjaya membangunkan bandar Dubai mereka. Saudi pula dalam perancangan membina Bandar Neom dengan nilai USD500 Bilion.

Negara-negara Islam yang masih tegas melawan agenda Barat hari ini dihurung dengan perang proksi, sektarian mazhab dan huru-hara. Lihatlah Syria.

Pada zaman Trump, beliau melancarkan Deal of The Century sebagai langkah proaktif menjajah negara itu. Projek ini dijayakan oleh beberapa buah negara Islam, antaranya Saudi dan Mesir.

Sebab itulah rakyat Palestin hari ini keseorangan mempertahankan tanah air mereka dengan ketulan-ketulan batu. Negara-negara Arab di sekelilingnya sudahpun menjadi rakan kepada penjajah mereka, iaitu Israel. Sabda Nabi S.A.W:

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين لعدوهم قاهرين لا يضرهم من خالفهم الا ما أصابهم من لأواء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك” قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: “ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس”

“Sentiasa berada dalam kalangan umatku dari kalangan yang menyerlahkan diri mereka secara terbuka dan nyata, menegakkan kebenaran, menghadapi musuh dengan gagah perkasa, tidak boleh dimudaratkan (dihentikan) oleh orang-orang yang mengecewakan mereka, sehinggalah datangnya perintah Allah (memenangkan mereka) dalam keadaan mereka terus meneruskan perjuangannya”.

Lalu para Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah dan di mana mereka berada?” Sabdanya: “Di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis”. 

(Riwayat Imam Ahmad)

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 10/5/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -