Buang ‘alum sludge’ terus ke sungai adalah salah

- Advertisement -

PERTUBUHAN Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS) menegaskan bahawa tindakan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membuang (discharging) secara terus ‘alum sludge’ ke dalam sungai tetap salah mengikut Undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang sah di Malaysia. Apatah lagi jika pembuangan itu melibatkan enap cemar yang masuk kategori sisa berjadual mengikut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 (First Schedule of Regulation 2, Environmental Quality (Scheduled Wastes) Regulations 2005).

[SW204 : Enap cemar yang mengandungi satu atau beberapa logam termasuklah kromium, kuprum, nikel, zink, plumbum, kadmium, aluminium, timah, vanadium dan berilium – Sludges containing one or several metal including chromium, copper, nickel, zinc, lead, cadmium, aluminium, tin, vanadium and beryllium]

- Advertisement -

Tindakan PBAPP untuk merujuk hasil ujian dan penemuan daripada beberapa kertas kajian dalam dan luar negara yang bukanlah satu undang-undang digazetkan tak memberi makna apa-apa. Undang-undang yang ada itu mempunyai nilai autoriti yang mustahil untuk dinafikan.

Penyelesaian berkaitan isu pembuangan ‘alum sludge’ mengikuti peruntukan undang-undang semasa hanya melalui proses penyimpanan di ‘Sludge Lagoon’ atau Sludge ‘Treatment Facility’ (sejenis kolam takungan khas) . Apa yang menyedihkan hanya 3 daripada 9 loji rawatan air (LRA) Pulau Pinang mempunyai ‘Sludge Treatment Facility’ . Bermakna 6 LRA terlibat melakukan ‘discharge’ terus keluar termasuk ‘discahrge’ besar- besaran yang dibuat di Loji Rawatan Air Sungai Dua.

LEKAS amat meragui bagaimana syarikat air yang ternama seperti PBAPP berjaya memperolehi ISO 14001: 2015 apabila tindakan menjejaskan alam sekitar ini terang-terang dilakukan tanpa selindung.

Sekian Terima Kasih

ZIKRULLAH ISMAIL
Pengerusi Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang – LEKAS
(Chairman, Penang Sustainable Natural Heritage Association) – HARAKAHDAILY 10/5/2021

- Advertisement -