Guru PASTI, SRITI Temerloh terima duit raya

- Advertisement -

TEMERLOH: Kemeriahan Syawal semakin dekat terasa dan Ramadan pula pasti pergi untuk ditemui lagi walaupun dalam keterbatasan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dihadapi ketika ini.

- Advertisement -

Namun, para amilin dalam kalangan guru PASTI dan SRITI terutamanya serta anak-anak yatim dan fakir miskin tidak pernah dilupakan untuk sama merasakan keriangan apabila diraikan Pemuda PAS Kawasan Temerloh.

Sejumlah RM12,000 telah berjaya diagihkan hasil sumbangan para individu dermawan, Pertubuhan Komuniti dan Sejahtera Masyarakat Temerloh, serta PAS Temerloh pada majlis di Balai Islam Sungai Gau, di sini semalam.

Naib Ketua Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Zulkefli Yusoff selaku Pengerusi PASTI Temerloh berkata, jumlah penerima bertambah setiap tahun berikutan pembukaan premis PASTI baharu bagi kawasan ini.

“Ianya bukti kepercayaan masyarakat kepada silibus pendidikan pra-sekolah milik PAS di bawah kendalian Pemuda PAS iaitu PASTI,” ujar beliau pada majlis yang bertujuan mengeratkan ukhuwah dan silaturahim itu.

Manakala Pengerusi Jabatan SRITI Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Zaharim Ishak pula menzahirkan penghargaan kepada PAS Temerloh atas kelulusan peruntukan sebanyak RM7,000 untuk sumbangan ini.

Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus dalam ucapannya pada majlis ini menyatakan pujian atas inisiatif Pemuda itu yang menunjukkan keprihatinan atas keringat dan komitmen para guru PASTI dan SRITI.

Turut serta pada majlis ini adalah pimpinan PAS Kawasan, Pemuda dan Muslimat serta Ulamak PAS Temerloh meraikan para penerima sumbangan. – HARAKAHDAILY 9/5/2021

- Advertisement -