Rentas daerah, negeri dilarang 4 minggu mulai Isnin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa Isnin ini, semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tidak dibenarkan tanpa kebenaran PDRM, demikian diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

- Advertisement -

Penguatkuasaan itu meliputi kesemua negeri yang berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Pemulihan (PKPP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan (PKPD), selama empat minggu sehingga 6 Jun.

“Antara aktiviti lain tidak dibenarkan (dalam tempoh itu) adalah aktiviti sosial termasuk majlis-majlis kenduri, perkahwinan, keraian dan lain-lain; aktiviti pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Selain itu turut tidak dibenarkan ialah majlis rasmi dan sosial secara bersemuka oleh kerajaan dan swasta.

Ismail Sabri berkata keputusan sekatan ini akan disemak semula selepas dua minggu. – BERNAMA

- Advertisement -