Covid-19: Semakin kritikal, lonjakan kluster aktif ancam komuniti

- Advertisement -

BERIKUT adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 1 Mei hingga pukul 8:30 malam 7 Mei 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melebihi 430 ribu. Di peringkat global, lebih 156 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.2 juta. Lebih 134 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penularan koronavirus maut COVID-19 yang semakin mengancam komuniti dengan ledakan kes harian baharu mutakhir ini sehingga melebihi empat ribu kes, meletakkan Malaysia kembali dalam keadaan ‘genting’.

Dengan kes harian baharu sebanyak 4,498 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 12 tengah hari ini (Jumaat 7 Mei), jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 melonjak kepada 34,789 kes.

Jumlah kes kumulatif pula sudah melepas paras 430 ribu iaitu 432,425 kes.

Selangor berterusan sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (1 Mei hingga 7 Mei 2021) menyumbang jumlah kes harian terbanyak. Hari ini, Selangor mencatat 1,424 kes, diikuti Sarawak 750 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 436 kes.

Kes harian baharu melebihi tiga ribu dicatat pada 6 Mei (3,551), 5 Mei (3,744 kes), 4 Mei (3,120 kes) dan 2 Mei (3,418 kes).

Laporan harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia, turut menunjukkan semakin banyak kluster baharu dikesan.

Hari ini sebanyak 19 buah kluster baharu dilaporkan dengan kluster tempat kerja 10 kes, kluster komuniti empat (4) kes, kluster keagamaan tiga (3) kes dan dua kluster pendidikan.

Pada Rabu 5 Mei 2021 sahaja, sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan dengan lapan (8) kluster tempat kerja, enam (6) kluster komuniti, empat (4) kluster pendidikan dan dua (2) kluster keagamaan.

Setakat 7 Mei 2021, masih terdapat 425 kluster yang masih aktif dan 102 kluster menambah kes baharu.

Jumlah kes pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi turut kritikal dan setakat hari ini 7 Mei, Dr Noor Hisham dalam paparan Fb peribadi beliau hari ini menyatakan, negara merekodkan kemasukan sebanyak 506 kes ke ICU, iaitu jumlah yang tertinggi semenjak pandemik ini bermula. Sebanyak 295 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Menurut beliau, kemasukan kes kritikal ke ICU meningkat sebanyak 44 peratus berbanding tempoh dua minggu yang lepas di seluruh negara dan beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak menunjukkan kadar peningkatan yang lebih tinggi.

Sebanyak 22 hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil ICU COVID-19 melebihi 70 peratus dan ada yang mencecah lebih 90 peratus. Beberapa hospital bukan COVID-19 juga terpaksa merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan alat pernafasan kerana pesakit ini tidak dapat dipindahkan ke hospital COVID-19 akibat kesesakan ICU. Ada juga pesakit yang terpaksa diberi bantuan alat pernafasan di wad-wad biasa.

Ledakan kes harian baharu yang bagaimanapun tidak dikaitkan sebagai ‘Gelombang Keempat’, membuatkan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri/daerah.

Pada 4 Mei, PKP diisytiharkan untuk enam (6) daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Klang, Petaling, Kuala Langat, Gombak dan Sepang, berkuatkuasa dari 6 Mei hingga 17 Mei 2021.

PKP turut diisytiharkan untuk tempoh 7 Mei hingga 20 Mei 2021, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi, Johor; Mukim Taiping, Daerah Larut Matang dan Selama, Perak; di 14 mukim dalam daerah Besut (kecuali Mukim Hulu Besut), Terengganu.

Malaysia turut menyekat kemasukan pengembara dari Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan ia sebagai susulan tambahan sekatan penerbangan dari dan ke India, berikutan kebimbangan penularan COVID-19.

Malaysia mencatat kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1. Mengumumkan perkara ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata di samping itu, negara juga mengesan sebanyak 48 kes varian Afrika Selatan, B.1.351, UK B.1.1.7 (8 kes), dan varian Nigeria B. 1.525 (2 kes).

Malaysia pernah mencatat kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 melepasi angka 50 ribu pada Gelombang Ketiga COVID-19 iaitu sebanyak 50,894 kes pada 6 Februari 2021.

Setakat ini, di bawah Gelombang Ketiga Malaysia hanya sekali mencatat kes harian baharu tiga angka iaitu pada 29 Mac 2021, sebanyak 941 kes.

Warganegara kes positif terbanyak

Menurut Dr Noor Hisham hari ini (7 Mei 2021), daripada 4,498 kes harian baharu, sebanyak 4,493 adalah penularan tempatan sementara kes import sebanyak 5 kes iaitu 1 warganegara (WN) dan empat (4) bukan warganegara (WN).

Secara puratanya, WN menyumbang sekitar 90 peratus kepada kes penularan tempatan berbanding BWN.

Berikut adalah data yang menunjukkan situasi berkenaan, termasuk kes harian baharu dan kes kumulatif, berdasarkan makluman KKM, bagi tempoh rangkuman mingguan Bernama (1 Mei hingga 6 Mei 2021).

1 Mei – kes baharu : 2,881 kes (411,594 kes kumulatif,); kes tempatan : 2,865 kes [ 2,609 WN (91.1%)]; 256 BWN (8.9%); kes import : 16 kes (5 WN dan 11 BWN);

2 Mei – kes baharu : 3,418 kes (415,012 kes kumulatif); kes tempatan : 3,408 kes [ 3,134 WN (92.0%); 274 BWN (8.0%)]; kes import : 10 kes (1 WN dan 9 BWN);

3 Mei – kes baharu : 2,500 kes (417,512 kes kumulatif); kes tempatan : 2,496 kes  [ 2,301 WN (92.2%)]; 195 BWN (7.8%) ; kes import : 4 kes (2 WN dan 2 BWN);

4 Mei – kes baharu : 3,120 kes (420,632 kes kumulatif); kes tempatan : 3,114 kes [ 2,918 WN (93.7%); 196 BWN (6.3%)]; kes import : 6 kes (1 WN dan 5 BWN);

5 Mei – kes baharu : 3,744 kes (424,376 kes kumulatif); kes tempatan : 3,737 kes [ 3,514 WN (94.0%); 223 BWN (6.0%)] ; kes import : 7 kes (1 WN dan 6 BWN);

6 Mei – kes baharu :3,551 kes (427,927 kes kumulatif); kes tempatan : 3,535 kes [3,242 WN (91.7%); 293 BWN (8.3%)]; Kes import : 16 kes (10 WN dan 6 BWN);

7 Mei – kes baharu :4,498 kes (432,425 kes kumulatif); kes tempatan : 4,493 kes [4,179 warganegara (93.0%); 314 bukan warganegara (7.0%)]; kes import : 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara);

Dengan 432,425 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 42 (berbanding 43 minggu lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Malaysia kini mengatasi Arab Saudi (424,445 kes) dan di hadapan Malaysia adalah Maghribi (513,016 kes).

Setakat 7 Mei 2021, sebanyak 3,449 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini 396,004 kes (91.6 peratus).

Sementara rekod kes sembuh harian sepanjang tempoh rangkuman ini:-

1 Mei  ( 2,462 kes), 2 Mei ( 2,698 kes), 3 Mei ( 2,068 kes), 4 Mei (2,334 kes), 5 Mei (2,304 kes), 6 Mei (2,709 kes) dan 7 Mei (3,449 kes).

Ledakan kluster baharu

Sehingga Jumaat 7 Mei, 2021, Malaysia mencatat sebanyak 1,759 kluster dan 1,334 daripadanya diisytihar tamat. Sebanyak 425 masih aktif dan 102 daripadanya menambah kes baharu.

Tiga kluster yang mencatat pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Kempas Pagoh (70 kes), Kluster Jalan Besar Sungai Jawi (47 kes), dan Kluster Beladin (45 kes).

Sebanyak 19 klluster baharu diumumkan hari ini (7 Mei 2021), dan maklumat seperti tertera di bawah:-

Sabtu 1 Mei – 14 kluster baharu, melibatkan masing-masing empat (4) kluster komuniti, kluster tempat kerja, dan kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, serta dua (2) kluster keagamaan.

Ahad 2 Mei – 11  kluster baharu, melibatkan lima (5) kluster komuniti, empat (4) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan KPM, serta dua (2) kluster tempat kerja.

Isnin 3 Mei – 9 kluster baharu, melibatkan masing-masing tiga (3) kluster komuniti dan kluster tempat kerja, dua (2) kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, serta satu (1) kluster pusat tahanan.

Selasa 4 Mei – 17 kluster baharu, melibatkan tujuh (7) kluster komuniti, lima (5) kluster tempat kerja, empat (4) sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, dan satu (1) kluster keagamaan.

Rabu 5 Mei – 20 kluster baharu, melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja, enam (6) kluster komuniti, empat (4) sektor pendidikan termasuk tiga (3) kluster institusi pendidikan KPM, dan dua (2) kluster keagamaan.

Khamis 6 Mei – 14 kluster baharu, melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja, masing-masing dua (2) kluster komuniti dan kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu (1) kluster  kumpulan berisiko tinggi dan kluster keagamaan.

Jumaat 7 Mei -melibatkan 10 kluster tempat kerja, empat (4) kluster komuniti, tiga (3) kluster keagamaan, dan dua (2) kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook peribadinya pada Jumaat 7 Mei 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 Mei  2021 untuk seluruh negara kekal 1.10.  Negeri mencatat Ro tertinggi ialah Terengganu 1.35, Kedah 1.28 dan Perak 1.25.

R-Naught (Ro/Rt) iaitu kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan sepanjang tempoh rangkuman Bernama (1 Mei hingga 7 Mei 2021) secara konsistennya berada pada kadar lebih 1.0. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perincian kes Covid-19 di Malaysia

Berdasarkan perincian KKM mengenai 4,498 kes positif COVID-19 yang dilaporkan KKM pada Jumaat 7 Mei 2021, Selangor menumbang kes harian baharu terbanyak iaitu 1,424 kes. Daripda jumlah itu, sebanyak 1,074 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; 259 kes daripada lain saringan COVID-19, sementara 91 kes daripada kluster termasuk kluster baharu.

Untuk rekod, Selangor juga menyumbang kes harian baharu terbesar sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (1 Mei hingga 7 Mei 2021) iaitu pada 1 Mei (759 kes), 2 Mei (1,200 kes), 3 Mei (637 kes), 4 Mei (675 kes), 5 Mei (1,548 kes) dan 6 Mei (1,137 kes).

Kes harian baharu tiga angka melibatkan sembilan (9) negeri iaitu Sarawak 750 kes (*2), WP Kuala Lumpur 436 kes (*3), Johor 327 kes, Pulau Pinang 313 kes, Kelantan 297 kes, Kedah 209 kes, Negeri Sembilan 188 kes, Sabah 153 kes dan Perak 148 kes.

Sebanyak tiga negeri mencatat kes harian baharu dua angka iaitu Terengganu 87 kes, Pahang 78 kes dan Melaka 74 kes.

WP Putrajaya, Perlis dan WP Labuan mencatat kes harian baharu satu angka, iaitu masing-masing lapan (8) kes, empat (4) kes dan dua (2) kes.

(*kes import)

Sementara itu, sebanyak 22 kes kematian dilaporkan hari ini 7 Mei April, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 1,632 kes, melibatkan 20 warganegara dan dua (2) bukan warganegara.

Untuk rekod, kes kematian sepanjang tempoh rangkuman 1 Mei hingga 6 Mei 2021 :-

1 Mei – 15 kes ( 15 WN ); 2 Mei – 12 kes (12 WN ), 3 Mei – 18 kes (17 WN 1 BWN); 4 Mei – 23 kes (23 WN); 5 Mei – 17 kes (17 WN), 6 Mei – 19 kes (18 WN 1 BWN) dan 7 Mei – 22 kes (  20 WN 2 BWN )

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

Statistik global Covid-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 156,816,184 kes (ranggkuman minggu lalu 151,274,047 kes) dengan 3,272,370 kematian (minggu lalu 3,182,374  kematian). Jumlah pesakit sembuh seramai 134,205,395 orang (minggu lalu 128,671,513 orang).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Turki, Rusia, United Kingdom, Itali, Sepanyol,  dan Jerman.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 33,369,192 kes (594,006 kematian);

India 21,491,598 kes (234,063 kematian);

Brazil 15,009,023 kes (417,176 kematian);

Perancis 5,728,090 kes (105,850 kematian);

Turki 4,977,982 kes (42,187 kematian);

Rusia 4,863,514 kes ( 112,622 kematian);

United Kingdom 4,428,553 kes ( 127,583 kematian);

Itali 4,082,198 kes (122,263 kematian);

Sepanyol 3,559,222 kes ( 78,726 kematian);

Jerman 3,486,462 kes ( 84,811 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 96 dengan 90,739 kes.  Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 90 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 18 – 1,703,632 kes (46,463 kematian);

Filipina di tangga 25 – 1,087,885 kes (18,099 kematian);

Myanmar di tangga 82 – 142,903 kes (3,210 kematian);

Thailand di tangga 98 – 78,855 kes (363 kematian);

Singapura di tangga 105 – 61,311 kes (31 kes kematian);

Kampuchea di tangga 133 – 18,179 kes (114 kematian);

Vietnam di tangga 176 – 3,137 kes (35 kematian);

Laos di tangga 192 – 1,205 kes (sifar kematian);

Brunei di tangga 201 – 229 kes (tiga kematian).

———————————————————————————————————-

Ruangan sisi

Latar belakang Covid-19

– Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

– Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

– Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

– WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

– Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

– Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

– WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

– Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

– Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression. 

– Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

– Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

– Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

– Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

– Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020. – BERNAMA

- Advertisement -