Di sebalik fitnah peniaga terpaksa melutut, merayu

- Advertisement -

SAYA ada di Rawang. Semalam saya keluar jumpa jiran-jiran sekitar rumah habaq kat depa, esok pagi lepas Subuh saya nak bawa isteri dan anak-anak berpindah ke Sungai Petani. Seorang jiran saya tanya pasal fitnah terbaru terhadap MB Kedah kes video ‘peniaga bazar Ramadan terpaksa melutut dan merayu’.

Itu dia aih! Saya terpikiaq betapa jauh sudah fitnah itu tersebar sampai orang di luar Kedah pun bercakap mengenainya. Bulan puasa, pun orang tak ambil kisah untuk reka buat cerita hodoh pasal orang lain. Antara perbuatan yang menghilangkan pahala puasa ialah ghibbah namimah iaitu mengadu domba. Ini lebih daripada itu, sudah sampai tahap memfitnah, putar belit dan reka cerita.

- Advertisement -

Orang duduk di kerusi dikatakan melutut kepada Exco Kerajaan daripada PAS (sebenarnya Ketua Pegawai Khas kepada MB, bukan Exco). Tujuan dirakam oleh Ketua Pegawai Khas MB, Haji Zulkifli Yahaya adalah untuk menyampaikan rayuan peniaga itu kepada MB secara ‘direct from the horse’s mouth’.

Apa yang disebarkan sebaliknya konon MB dan ‘Exco’ itu menghina, memperlekeh dan mempersenda orang yang berkenaan. Depa tak habaq kata Ketua Pegawai Khas berasa sedih dan simpati dengar cerita pengadu sampai dia sendiri keluar ayaq mata.

Kita orang Islam. Berpolitik biarlah berhemah kerana Islam mengajar kita adab, etika dan batasannya. Politik ini kerja mulia, memimpin umat dan itulah yang diajar Nabi S.A.W kepada kita. Ini bulan baik yang syariatnya untuk mendidik. Sudahlah hilang pahala puasa, buat dosa pula!

Kita semua ini akan mati. Dosa sesama manusia tidak akan terampun selagi tidak diampunkan oleh mangsa fitnah. La ini fitnah dah tersebar merata… Wal iyazubillah!

MUHAMAD MAT YAKIM – HARAKAHDAILY 7/5/2021

- Advertisement -