Covid-19: India sekali lagi catat rekod dunia

- Advertisement -

NEW DELHI: India mencatat satu lagi rekod global pada Jumaat apabila   mencatatkan lebih 414,000 jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Agensi Anadolu.

Ia menandakan hari kedua berturut-turut negara mendaftarkan lebih 400,000 kes selepas melaporkan 412,262 jangkitan pada Khamis.

- Advertisement -

Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21,49 juta. Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.

India yang bergelut dengan gelombang pandemik kedua menyebabkan sistem kesihatan negara itu lumpuh.

Mahkamah Tinggi Delhi pada Khamis memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti Covid-19.

Sejak 27 April, negara ini juga telah menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan. 

Namun, banyak hospital menyatakan bantuan tersebut belum sampai kepada mereka.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Khamis malam berkata, “semua bantuan yang diterima hingga 5 Mei 2021 telah diagihkan dan dihantar segera ke negeri/institusi. Usaha sedang dilakukan”. – BERNAMA

- Advertisement -