Amilin PAS Lahad Datu terima ‘Kit Raya’

LAHAD DATU: Menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi amilin PAS Lahad Datu menerima ‘Kit Raya’ disumbang Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu semalam.

Pengerusi lajnah berkenaan Nizam Latuah berkata, sumbangan itu merupakan agenda tahunan PAS kawasan berkenaan setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Advertisement

Katanya, PAS Lahad Datu tidak pernah melupakan amilin dan sentiasa menjaga kebajikan golongan berkenaan di Lahad Datu.

“PAS sentiasa berusaha menjaga kebajikan para petugas tidak kira musim perayaan atau pun bukan,” katanya yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu pada program itu.

Amilin terbabit merupakan petugas PAS sepenuh masa termasuk guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) serta petugas lain.

‘Kit Raya’ tersebut berupa makanan keperluan harian termasuk beras, mi kuning, minyak, garam, gula, biskut raya, air sirap dan ketupat segera.

Nizam juga berkata, tahun ini amilin PAS bertuah kerana menerima dua sampul berisi duit raya daripada Lajnah Kebajikan dan pengurusan Pasti kawasan.

Oleh itu beliau berharap petugas terbabit terus istiqamah bagi meneruskan perjuangan biarpun berdepan dengan pebagai cabaran dan mehnah. – HARAKAHDAILY 7/5/2021