PKP: Tindakan wajar, jaga nyawa penting

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Memelihara nyawa lebih utama bagi memastikan rangkaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamad Sukri Omar.

Menurutnya, meskipun kemungkinan akan wujud isu kemurungan dalam kalangan penduduk di daerah berkenaan, bagaimanapun penjagaan nyawa lebih penting dalam apa jua keadaan.

“Memang kita tak nafikan ada rakyat stress dan sebagainya, namun saya begitu yakin banyak petubuhan bukan kerajaan (NGO), bahkan kerajaan ada menyediakan talian untuk membantu rakyat yang menhadapi tekanan.

- Advertisement -

“Memang kita tak nafilah tapi untuk kita nak biarkan rakyat supaya tak stress, kita tak bendung wabak ini, saya yakin ia lebih bahaya, ia akan menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban,” ujarnya kepada HarakahDaily, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor menyifatkan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah daerah di Selangor merupakan tindakan yang wajar.

“Memang setujulah PKP dilaksanakan di Selangor untuk membantu membendung penyebaran wabak Covid-19 ini sebab kita tengok angka peningkatan kes di Selangor itu juga dah semakin meningkat sehingga lebih daripada seribu setiap hari.

“Kalau kita tak mula bendung, maka dia akan jadi lebih parah dan yang paling kita risaukan jadi sebagaimana di negara India dan di tempat lain yang mana sehingga tidak dapat dikawal,” katanya.

Katanya, kes baharu Covid-19 yang wujud menyerang tubuh manusia yang berumur awal 30-an dan ia tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19.

“Terkini ramai yang tak ada simptom kena Covid-19 dan yang lebih perlu diberikan perhatian, mereka yang berumur 30 tahun yang terlibat dengan Covid-19 ini tanpa sebarang penyakit.

“Angka kematian pun semakin tinggi, semalam sahaja dah 17 kes kematian, kalau dulu satu dua je baru barangkali, jadi memang patutlah apa yang dilakukan kerajaan,” kata Mohamad Sukri.

Enam daerah di Selangor dikenakan PKP berkuat kuasa hari ini hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Daerah itu ialah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP, manakala tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB). – HARAKAHDAILY 6/5/2021

- Advertisement -