Pasukan keselamatan terima 11,630 pek kuih raya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyampaikan 11,630 pek kuih raya kepada pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan berkenaan disampaikan isteri Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) Datin Siti Zabedah Abd Hamid.

Sumbangan berkenaan diurus Purnama diserahkan kepada 17 pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu.

- Advertisement -

Antaranya pasukan 8 Briged, Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan, Briged Tenggara, Markas Wilayah Laut 1, Agensi Kawalan Sempadan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di JKR 10 itu, Timbalan Pengerusi Purnama Datin Hasmani Husain dan setiausaha Datin Nor Asikin Ahmad.

Zabedah ketika ditemui berkata, walaupun kes Covid-19 meningkat di Kelantan, sumbangan kuih raya Aidilfitri tetap dihulur sebagai tanda ingatan kerajaan negeri kepada anggota keselamatan.

“Tahun ini kami tidak membungkus sendiri kuih-kuih berkenaan, sebaliknya menyerahkan pada kilang kuih membungkusnya dan dihantar kepada kita di sini,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Kelantan terus menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagaimana yang ditetapkan kerajaan.

Katanya tidak patuh SOP dikenal pasti antara faktor jangkitan mudah merebak.

“Pada penghujung Ramadan ini sama-samalah kita berdoa supaya Allah menerima doa kita untuk mengangkat Covid-19 berlalu pergi,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/5/2021

- Advertisement -