Campur tangan ahli politik dalam pasukan polis

- Advertisement -

SAYA tak nak ulas, cuma nak ajak anda berfikir dengan soalan-soalan ini: Adakah benar-benar wujud campur tangan ahli politik dalam pasukan polis? Adakah ahli politik itu merujuk kepada Menteri Dalam Negeri? Atau Perdana Menteri? Atau siapa?

- Advertisement -

Adakah Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri boleh ‘campur tangan’ dalam urusan pasukan polis? Apakah maksud ‘campur tangan’ dalam pasukan polis? Adakah pasukan polis bebas daripada campur tangan sesiapa sahaja? Apa kuasa ‘Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan polis’ iaitu Menteri Dalam Negeri?

Adakah wujud pengasingan kuasa atau tugas antara Menteri dan pasukan polis? Jika wujud, apakah sumber rujukannya, dan sejauh mana ia berkuatkuasa? Jika berkuatkuasa, apakah cara menguatkuasakannya?

Kalau Menteri ‘campur tangan’ dengan memberi arahan untuk kepentingan dirinya atau partinya, dan bertentangan dengan prinsip keadilan, adakah ketua polis yang berprinsip perlu patuh? 

Kalau Menteri ‘campur tangan’ dengan memberikan arahan untuk kepentingan rakyat dan sesuai dengan prinsip keadilan, adakah ketua polis yang berprinsip perlu patuh? Bagaimana pula dengan sektor awam lain, adakah Menteri tidak boleh ‘campur tangan’ dalam urusan di bawah kementeriannya?

Jika Menteri dilantik dari kalangan wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya dan mewakili kerajaan yang ditubuhkan dalam sistem demokrasi, siapa pula yang memilih pasukan polis? Adakah wujud unsur demokrasi dalam perjawatan polis?

Jika Menteri dan kerajaan yang salah guna kuasa boleh dijatuhkan oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum, adakah polis yang salah guna kuasa juga boleh dijatuhkan oleh rakyat melalui proses demokrasi? Mungkin anda ada soalan-soalan lain untuk ditanya, silakan bertanya… Dan fikir sendiri jawapannya.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembangaan)
Universiti Teknologi Malaysia – HARAKAHDAILY 6/5/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. 

- Advertisement -