Projek penurapan JPD yang sudah lama tertangguh

- Advertisement -

MIRI – Penduduk di Kampung Batu Satu telah lama menunggu penurapan Jalan Perhubungan Desa (JPD) yang sepatutnya dilaksanakan beberapa tahun yang lalu, tetapi sehingga kini mereka masih menunggu dengan harapan jalan itu segera diturap. Menurut seorang penduduk yang mengadu masalah itu, jalannya tidak terlalu panjang, sekitar 800 kaki, dan sekarang ditumbuhi rumput dan semak.

Menurut salah seorang penduduk di Batu Satu, Saudara Zainal Tar memberitahu kami, mereka telah beberapa kali membuat permohonan Jalan Perhubungan Desa (JPD) untuk projek jalan berturap di Pejabat Daerah Bahagian Miri sejak 6 Januari 2013, sehingga kini tidak ada tindakan selanjutnya telah diambil. Walaupun ada pegawai dari jabatan yang mengunjungi dan mengukur jalan, mereka masih tidak melaksanakan projek seperti yang diharapkan.

- Advertisement -

Menurut Zainal, pada bulan Mac tahun ini, beberapa orang pegawai datang ke tempat itu. Mereka datang untuk mengukur dan pada bulan April mereka berjanji untuk kembali melaksanakan projek ini. Tetapi setakat ini sudah memasuki bulan Mei tidak ada sebarang tindakan seperti yang dijanjikan bertahun-tahun yang lalu.

Pengadu (Hasmah Moktar) telah berkali-kali menulis surat kepada Pejabat Daerah Bahagian Miri untuk memohon projek penurapan jalan di tapak pembinaan rumah yang dirancang tetapi setakat ini tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak tersebut. Sampai bila masalah ini dapat diselesaikan?

Pengadu juga merupakan jiran Zainal di mana dia berhasrat untuk membina rumah di Lot 7754 di belakang rumah Zainal. Dia mewakilkan Zainal untuk mengadu masalah tersebut kepada kami agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana sudah terlalu lama menunggu projek tersebut disiapkan.

Masalah jalan kampung dan kemudahan lain perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan kerana ia adalah untuk kemudahan penduduk kampung. Kami menggesa Pihak Berkuasa Tempatan untuk bertemu secara langsung dengan wakil pengadu di Lot 7756 Kampung Batu Satu, Baram untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai masalah tersebut.

Walaupun Projek JPD berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, ia perlu diberi perhatian dan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan sehingga projek dapat dilaksanakan. Setiap projek yang telah diperuntukkan untuk setiap kampung terpilih harus dilaksanakan sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus membantu menyelesaikan masalah yang telah lama tertangguh ini sehingga dapat dilaksanakan.

Kerajaan Persekutuan telah banyak kali berubah tetapi projek kecil ini seharusnya dapat disiapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kerana kosnya tidak mencapai jutaan ringgit. Kami berharap agar kerajaan tempatan dan kementerian yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan kerjasama dengan mereka sangat dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

The long-delayed Rural Road paving project (JPD)

MIRI – Residents in Kampung Batu Satu have been waiting for a long time for the paving of Jalan Perhubungan Desa (JPD) which was supposed to be implemented a few years ago, but until now they are still waiting in the hope that the road will be paved soon. According to a resident who complained of the problem, the road was not very long, about 800 feet, and is now overgrown with grass and bushes.

According to one of the residents in Batu Satu, Sdr Zainal Tar told us, they have several times applied for Jalan Perhubungan Desa (JPD) for a paved road project at the Miri District Office since January 6, 2013, until now no further action has been taken. Although there were officials from the department who visited and measured the road, they still did not implement the project as expected.

According to Zainal, in March this year, several officers came to the place. They came to measure and in April they promised to go back to implementing the project. But so far it has entered May there has been no action as promised many years ago.

The complainant (Hasmah Moktar) has repeatedly written letters to the Miri Divisional District Office to apply for a road paving project at the planned house construction site but so far, no action has been taken by the party. Until when can this problem be resolved?

The complainant is also Zainal’s neighbor where she intends to build a house in Lot 7754 behind Zainal’s house. She delegated Zainal to complain about the problem to us so that the problem could be resolved as soon as possible because it had been too long to wait for the project to be completed.

The problem of village roads and other facilities needs to be given attention by the local authorities as it is for the convenience of the villagers.

We urge the local authorities to meet directly with the complainant’s representative at Lot 7756 Kampung Batu Satu, Baram to obtain detailed information on the problem.

Although the JPD Project is under the Ministry of Rural and Regional Development, it needs to be given attention and monitored by the local authority until the project can be implemented. Each project that has been allocated for each selected village should be implemented in accordance with the schedule that has been set. Local authorities should also help resolve this long-delayed issue so that it can be implemented.

The federal government has changed many times, but this small project should be able to be completed by the local authorities as the cost does not reach millions of ringgits. We hope that local governments and relevant ministries can resolve this issue immediately and cooperation with them is greatly appreciated.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 5/5/2021

- Advertisement -