Pemuda Maran ziarah asnaf FELDA Jengka 7

- Advertisement -

MARAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran telah mengadakan Ziarah Kasih Ramadan menyantuni golongan asnaf termasuk kalangan keluarga anak muda yang diuji di FELDA Jengka 7, di sini semalam.

- Advertisement -

Selain menyemarakkan penghayatan Ramadan, program ini juga satu usaha dalam mengeratkan ukhuwah dan memenuhi tuntutan kebajikan ke atas mereka yang kurang bernasib baik atas ujian dialami.

Pimpinan Pemuda PAS Maran yang hadir adalah Timbalan Ketua, Nazirul Hazim Abd Manaf dan Ketua Penerangan, Ustaz Shamsuri Hussin serta Ahli Jawatankuasa, Ustaz Mahadi Mahmud.

“Dengan program ini, kita dapat menyumbang sedikit barangan keperluan untuk menyambut Aidil Fitri tidak berapa hari lagi dan meringankan beban insan yang kurang berkemampuan.

“Kita juga dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penerima sumbangan dan dalam masa yang sama, kita dapat mengumpul maklumat kebajikan bagi tindakan susulan pada masa hadapan.

“Harapan kita semoga selepas ini, kita dapat menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama pada bulan Ramadhan yang mulia.

“Yang mana kita mengharapkan daripada sedikit sumbangan yang kita hulurkan ini, dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka dan semangat kepada para penerima untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik,” kata Nazirul Hazim. – HARAKAHDAILY 4/5/2021

- Advertisement -