NGO agih 500 pek aneka kuih muih iftar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak 500 pek pelbagai kuih muih berbuka puasa diagih percuma Alumni 4B Negeri Kelantan kepada orang ramai di Jalan Bayam dekat sini, semalam.

Pengerusi Alumni 4B Negeri Kelantan, Dato’ Nik Mahidin Nik Mustapa berkata, program agihan kuih muih itu merupakan buat kali pertama diadakan tahun ini.

- Advertisement -

Katanya sebelum ini pihaknya memberi zakat kepada penduduk miskin setiap tahun.

“Selain daripada zakat kita juga beri sumbangan bakul makanan di 13 kawasan yang dikenal pasti bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Program itu insyaAllah akan diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai penduduk miskin di Kelantan,” katanya ketika ditemui pada program pengagihan sumbangan tersebut.

Menurutnya juga program yang dianjurkan itu merupakan inisiatif dan usaha Alumni 4B Negeri Kelantan untuk mengeratkan silaturahim ahli bersama masyarakat.

Kata beliau juga program pengagihan kuih itu turut dibantu GERAKNITA 4B Negeri Kelantan dan Daerah Kota Bharu yang diketuai Naib Pengerusi WANITA Negeri Kelantan, Maznah Yaacob.

“Alumni 4B Kelantan turut menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2021

- Advertisement -