Hari Bomba: Ustaz Yusni bersahur dengan anggota bomba

Foto daripada Faceook YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah

KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Anggota Bomba Sedunia hari ini, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah meraikannya dengan bersahur bersama-sama dengan anggota bomba Kuala Muda, Penaga, pagi tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga itu, kunjungan beliau bersama pegawai-pegawainya disambut amat mesra sekali oleh semua anggota bomba Kuala Muda.

Advertisement

“Tanpa sedar, banyak sangat hal-hal dalam kehidupan kita yang memerlukan bantuan para bomba,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau mengambil contoh masalah yang sering berlaku di Penaga seperti nelayan hilang di laut ataupun bot pecah di mana anggota bomba yang akan bertindak pantas.

Justeru, Yusni berharap semoga seluruh anggota bomba sentiasa diberi kecekalan dan semangat untuk terus berkhidmat dan menabur bakti buat negara.

“Keringat dan jasa kalian demi negara amat kami sanjungi dan hargai,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 4/5/2021