ADUN Tahan ceriakan anak-anak yatim

- Advertisement -

JERANTUT: Majlis Penyerahan Sumbangan Raya Anak Yatim DUN Tahan telah dianjurkan Sekretariat DUN Tahan yang dilangsungkan di Masjid Kuala Tembeling, Masjid Kuala Teh dan Pejabat ADUN Tahan, kelmarin.

- Advertisement -

Sesi majlis sama yang dianjurkan sempena menjelangnya Aidil Fitri ini juga turut diadakan di Surau Imam Mustafa, Padang Piol dan Dewan JKKK FELDA Sungai Rentang, di sini.

ADUN Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Baddrdin meraikan seramai 123 anak yatim agar mereka tetap rasa dipunyai dan disayangi sungguhpun tanpa kehadiran ibu atau bapa mahupun kedua-duanya di sisi.

Ianya juga sebagai sesi kepada pihaknya untuk menjalin hubungan baik dan erat bersama para penjaga anak-anak yatim tersebut atas amanah besar dipikul mereka yang merupakan antara perintah agama ini.

Pegawai Sekretariat DUN Tahan, Faizah Zainal meluahkan rasa syukur dan gembiranya kerana matlamat majlis untuk menceriakan anak-anak yatim dan mengeratkan silaturahim bersama penjaga mereka tercapai.

“Pihak Sekretariat telah menyampaikan sumbangan berupa duit raya dan kuih raya. Keseluruhannya terdapat 190 penerima disenaraikan di mana bakinya di lima kampung di Ulu Tembeling hari berikutnya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 4/5/2021

- Advertisement -