PAS dan MIC tidak abai kaum India Paya Besar

- Advertisement -

PAYA BESAR: PAS Kawasan dan MIC Bahagian bagi Parlimen Paya Besar telah menyerlahkan semangat perpaduan kaum menerusi program bersama di Dewan Serbaguna Orang Ramai Hian Tian Keong Taman Tas, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program yang memperkukuhkan lagi keharmonian sesama bangsa ini telah menyantuni penduduk dalam kalangan kaum India menerusi sumbangan hamper makanan disampaikan Yang Dipertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.

“Keharmonian bangsa perlu diperkukuh, bagus sangat ada majlis macam ini supaya kita masing-masing dapat memahami adat dan pegangan agama masing-masing.

“Di dalam kesibukan ummat Islam menjalankan ibadah di bulan Ramadan dan bakal menyambut Aidil Fitri tidak lama lagi, program-program sebegini tidak pernah diabaikan bagi menjaga keharmonian hubungan antara sesama manusia,” ujarnya yang juga ADUN Panching.

Majlis ini dipengerusikan sendiri oleh Ketua MIC Paya Besar, N Selvarajah dan turut dihadiri oleh Ketua MIC Bahagian Kuantan, Rajan Ramasamy.

Rata-rata masyarakat India di dalam DUN Panching khususnya tidak pernah diabaikan dan sering mendapat bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching. – HARAKAHDAILY 3/5/2021

- Advertisement -