Muslimat legakan beban asnaf terkesan pandemik

- Advertisement -

PAYA BESAR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Paya Besar telah mengadakan program Sumbangan Kasih Ramadan menyantuni penduduk di tiga DUN iaitu Lepar, Sungai Lembing dan Panching, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Sumbangan berupa ayam, beras serta hamper barangan dapur telah diberikan kepada 150 keluarga asnaf yang dihantar langsung ke rumah penerima bagi mengurangkankan aktiviti berkumpul beramai-ramai.

Turut menyumbang dalam menjayakan program ini ialah ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya dan Tabung Kebajikan Nurhana Paya Besar serta Koperasi Makmur Gold dan individu awam.

Pengarah Program, Nurhidayah Mamat berkata, program ini kerana menyedari ramai penduduk yang terkesan dari sudut ekonomi termasuk gangguan emosi disebabkan pandemik COVIC-19 yang melanda negara.

“Dengan program ini, kita dapat menyumbang sedikit barangan dapur untuk meringankan beban insan yang kurang berkemampuan. Kita juga dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penerima sumbangan.

“Dalam masa yang sama, kita dapat mengumpul maklumat kebajikan bagi tindakan susulan pada masa hadapan. Contohnya pada hari ini, kita pergi untuk memberi satu keluarga ini sumbangan, tetapi kita telah jumpa lagi jiran-jiran mereka yang turut terkesan.

“Dan ini adalah peluang untuk kita dapat menyampaikan lagi bantuan dan kebajikan kita kepada mereka yang memerlukan,” kata Nurhidayah yang juga Penolong Setiausaha Muslimat PAS Paya Besar.

Beliau juga berharap agar dapat meneruskan program sebegini pada masa akan datang dengan adanya penambahbaikan dan juga dapat diberikan kepada lebih ramai dengan sumbangan yang lebih besar.

“Harapan kita semoga selepas ini, kita dapat menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama pada bulan Ramadan yang mulia.

“Kita mengharapkan daripada sedikit sumbangan yang kita hulurkan ini, dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka dan semangat kepada para penerima untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik, dengan hati yang tenang, in Shaa Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/5/2021

- Advertisement -