India catat lebih 360,000 kes baharu Covid-19

NEW DELHI: India mencatatkan 368,147 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan jumlah keseluruhan 19,925,604 kes, lapor Xinhua, memetik kementerian kesihatan pada Isnin.

Advertisement

Selain itu, lebih 3,417 kematian dicatatkan sejak pagi Ahad, menjadikan jumlah korban ialah 218,949.

Sejumlah 3,413,642 kes aktif direkodkan peningkatan sebanyak 63,998, manakala 16,293,003 pesakit sembuh.

Angka kes harian terus meningkat di negara ini, dan kerajaan melaksanakan langkah-langkah baharu untuk membendung penularan. Beberapa peperiksaan sekolah dibatalkan atau ditunda berikutan keadaan yang semakin buruk.

India memulakan kempen vaksinasi pada Januari, dan setakat ini lebih 157 juta dos telah diberikan.

Fasa ketiga vaksinasi untuk warga berusia 18 tahun ke atas bermula Sabtu lalu.

Sementara itu, sebanyak 291,647,037 ujian saringan sudah dilakukan setakat ini dan pada Ahad sahaja 504,698 ujian dibuat, menurut data terbaharu Majlis Penyelidikan Perubatan India pada Isnin.

Di New Delhi, bandar raya paling terjejas menyaksikan lebih 20,000 kes baharu dan 407 kematian pada Ahad.

Menurut Jabatan Kesihatan bandar raya itu setakat ini seramai16,966 orang meninggal dunia akibat Covid-19.

New Delhi telah dikenakan sekatan pergerakan selama tiga minggu hingga 10 Mei. – BERNAMA