PAS Lahad Datu hargai pengorbanan petugas hadapan

- Advertisement -

LAHAD DATU: PAS Lahad Datu mengedarkan juadah berbuka puasa kepada petugas hadapan di lima tempat sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebanyak 400 pek makanan diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan orang awam semalam diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu Nizam Latuah.

Beliau berkata program edaran juadah iftar tersebut merupakan program tahunan PAS Lahad Datu.

- Advertisement -

“Cuma tahun ini kami utamakan dahulu petugas barisan hadapan sebelum diberi kepada orang awam.

“Bulan Ramadan ini adalah bulan digandakan pahala amal ibadah, maka amat rugi jika tidak ambil peluang untuk menambahkan pahala di samping mengeratkan lagi hubungan semasa umat Islam,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Turut hadir sama ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Lahad Datu membantu mengagihkan juadah tersebut.

Nizam juga berkata, petugas barisan hadapan diberi keutamaan memandang mereka bertungkus lumus membantu kerajaan melandai pandemik Covid yang begitu membimbangkan sekarang.

“Tanpa pengorbanan mereka sudah tentu sukar untuk kerajaan menangani kes Covid kerana mengharap orang mematuhi SOP bukan sesuatu yang mudah di mana ramai terjejas untuk mencari rezeki,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/5/2021

- Advertisement -