Muslimat Muda Perlis siap sedia hadapi PRU15

- Advertisement -

KANGAR: Mengambil kira demam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi, Dewan Muslimat Perlis melancar Jentera Muslimat Muda Peringkat Negeri.

Ia sebagai membuktikan mereka sudah bersiap siaga menghadapi PRU15 pada bila-bila masa sahaja.

Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs), Nor Shahirah Salleh berkata, program berkenaan diadakan bagi menghimpunkan jentera muslimat muda PAS di negeri ini sebagai persediaan menghadapi PRU15.

- Advertisement -

“Muslimat akan sentiasa memastikan muslimat muda bersedia di samping memperkemaskan gerak kerja di semua peringkat.

“Kita juga berharap agar muslimat muda mampu membentuk wehdatul fikr dan wehdatul amal dalam kalangan jentera agar seluruh perancangan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya pada program berkenaan semalam.

Program yang diadakan di Markas Tarbiah PAS Kawasan Kangar itu dihadiri peserta muslimat muda dari tiga Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Turut hadir, Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Ustazah Latipah Mat serta ketua-ketua Muslimat setiap kawasan.

PAS dengan gandingan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka berdepan laluan lebih mudah sekiranya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Malah sebelum ini PN dan MN di Perlis berganding erat dalam melaksanakan gerak kerja bersama. Usaha itu dijangka diteruskan Umno Perlis di bawah kepimpinan Dato’ Seri Azlan Man. – HARAKAHDAILY 1/5/2021

- Advertisement -