Muafakat Muslimat-Wanita jana semangat menuju PRU15

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Muslimat PAS dan Wanita Umno Cawangan Seri Pelindung telah melaksanakan agihan 300 bekas buah kurma kepada para pengunjung di Bazar Ramadan Berserah, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program ini telah dilaksanakan bersama dengan semangat Muafakat Nasional (MN) dalam menyuburkan agenda penyatuan dan perpaduan ummah yang dimeterai sejak 14 September 2019 dahulu.

Ketua Program, Rosniza Zakaria berkata, acara ini adalah kali ke dua dilaksanakan di mana sebelum iaitu pada minggu lepas, program telah dilaksanakan dengan penuh rasa gembira bertemu masyarakat.

“Selain dari memuliakan bulan Ramadan ianya dapat mengukuhkan lagi persepakatan dalam MN bagi persediaan menghadapi PRU15 yang akan datang.

“Sambutan masyarakat pula sangat baik bila melihat gabungan warna hijau dan merah, sudah pasti kerjasama ini meyakinkan masyarakat untuk memilih MN di PRU15 nanti,” katanya.

Ketua Muslimat PAS Seri Pelindung, Pauziah Ahmad mengharapkan agar program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi untuk memperkukuhkan ikatan ukhuwah MN di cawangan tersebut.

Beliau juga mengharapkan agar muafakat ini akan berkekalan sehingga PRU15 akan datang demi kepentingan Islam dan kesatuan ummah selain memperkenalkan kesepakatan antara Muslimat PAS dan Wanita Umno.

“Muafakat membawa berkat, edaran kurma di Pasar Ramadan  Beserah untuk para pengunjung dan pengendali gerai bertujuan menyemarakkan bulan pengampunan ini dengan aktiviti- aktiviti masyarakat yang proaktif serta,” katanya.

Sementara itu Ketua Wanita Umno Seri Pelindung, Rokiah Ismail berharap agar dapat bersama dengan Muslimat PAS di program-program yang akan datang demi kemenangan MN di PRU15 akan datang. – HARAKAHDAILY 1/5/2021

- Advertisement -