Bubur kacang ‘pengikat kasih’ MN Lipis

- Advertisement -

LIPIS: Pemuda PAS Kawasan Lipis bersama Pemuda Umno Bahagian Lipis telah mengadakan edaran juadah istimewa iaitu bubur kacang di sekitar DUN Padang Tengku, di sini semalam.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Lipis, Khaider Kamil dan Ketua Pemuda Umno Lipis, Farid Mohd Nor setuju bahawa program bersama mereka dengan masyarakat itu sebagai ‘pengikat kasih’ Muafakat Nasional.

Menjelang waktu berbuka puasa, mereka membuat agihan bubur kacang itu dan memesrai para penduduk setempat yang berkunjung ke Bazar Padang Tengku, Kuala Lipis, di sini.

Menurut Farid, mereka juga mengadakan kempen kesedaran dan galakan kepada orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 dengan membuka kaunter pendaftaran program imunisasi.

Manakala Khaider menyuarakan hasrat agar program bersama seperti itu digiatkan lagi dari masa ke semasa, sekali gus menyuburkan semangat ukhuwah Islamiah kedua pihak.

Maklumnya juga, program ini akan berlangsung lagi untuk dua hari sempena cuti Hari Pekerja dan hujung minggu di tempat yang berbeza. – HARAKAHDAILY 1/5/2021

- Advertisement -