Keluarga Adun Melor nafi kematian ada kaitan vaksin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Keluarga Allahyarham Adun Melor meminta orang ramai menghentikan segera penyebaran berita kematian Dr Md Yusnan Yusof dikaitkan dengan kesan suntikan vaksin Covid-19.

Anak kedua Allahyarham, Muhammad Baihaqi, 28, berkata sebagai mewakili keluarganya beliau menafikan berita angin tersebut.

- Advertisement -

Katanya, allahyarham kembali ke rahmatullah awal pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung ketika berada di rumah.

“Jadi tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin Covid sebagaimana yang cuba diviralkan pihak tertentu,” katanya ketika ditemui pada pengebumian ayahnya di sini hari ini.

Dr Md Yusnan sebelum ini pernah menjalani rawatan jantun di Institut Jantung Negara.

Bagaimanapun keadaan jantungnya didapati tidak menghadapi sebarang masalah ketika menjalani rawatan susulan beberapa bulan lepas.

Sebelum itu jenazah Adun Melor disolatkan di Masjid Muhammadi Kota Bharu selepas solat Jumaat dengan diimamkan Muhammad Baihaqi.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hassan Ketereh. – HARAKAHDAILY 30/4/2021

- Advertisement -