Salam Nuzul Quran – GAMIS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peristiwa agung Nuzul Quran mengenai penurunan kitab Allah SWT dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW adalah merupakan peristiwan mulia dalam bulan Ramadan.

Pengerusi Jabatan Kajian Intelektual, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Zakwan Hanif Abu Bakar, berkata, turunnya al-Quran menjadi petunjuk sepanjang zaman yang dijamin terpelihara dari sebarang perubahan dan kesalahan.

- Advertisement -

“Tiada mukjizat yang dapat menandingi al-Quran, ia adalah kitab yang banyak faedah dan manfaat bagi mereka yang berakal dan mengambil iktibar,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Zakwan Hanif Abu Bakar

Di samping itu, sejarah telah membuktikan bagaimana umat Islam menjadi kuat dan berjaya mentadbir dunia dengan petunjuk al-Quran.

Selain itu, ia juga menjadi saksi pada ketika umat Islam menjadi lemah kerana meninggalkan al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW.

“Seharusnya atas kesedaran diri sebagai seorang hamba, al-Quran ini mesti dibaca, dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan manusia.

Bahkan, kita juga memikul tanggungjawab untuk memperjuangkan isi kandungannya di muka bumi ini,” katanya lagi.

Oleh demikian, tuntutan al-Quran adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam dan haruslah diusahakan dengan istiqamah sehingga prinsip al-Quran dijadikan sebagai hukum tertinggi. – HARAKAHDAILY 29/4/2021

- Advertisement -