Bencana alam punca gangguan sistem komputer pelabuhan

- Advertisement -

KUCHING: Kerajaan Sarawak meneliti gangguan sistem komputer yang berlaku Lembaga Pelabuhan Kuching (LPK) bulan lepas.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dato’ Amar Dr James Jemut Masing berkata, gangguan yang berlaku itu sesuatu yang tidak dijangka disebabkan oleh bencana alam.

- Advertisement -

Katanya sepanjang pemadaman komputer itu penerimaan dan penghantaran kontena diproses secara manual.

“Oleh itu syarikat perkapalan tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk meningkatkan kos pengguna,” katanya ketika lawatan kerja ke LPK semalam.

LPK mengalami masalah gangguan sistem pengurusan terminal kontena pada 27 Mac lepas sehingga menyebabkan kesesakan di terminal kontena.

Gangguan tersebut menyebabkan jangka masa transaksi mengambil masa selama dua jam atau lebih berbanding sedangkan transaksi normal hanya memerlukan 45 minit.

Berikutan LPK terpaksa menggunakan cara manual sementara menunggu sistem komputer kembali beroperasi seperti biasa.

Dr James Jemut yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak berkata, LPK melakukan yang terbaik untuk memperbaikinya ketika itu.

Menurutnya juga kerajaan negeri menerima banyak surat dan panggilan telefon peniaga tempatan dan luar negara untuk mengikuti Dasar Kabotaj, iaitu undang-undang melindungi syarikat perkapalan di Malaysia. – Edisi UKAS

- Advertisement -