Pemuda PN Negeri Selangor dibentuk

Hanafi Zulkapli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pemuda Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor yang diadakan semalam telah berbincang dan membentuk Jawatankuasa Pemuda PN negeri.

Jawatankuasa Pemuda PN negeri diketuai oleh Hanafi Zulkapli, dengan empat timbalan iaitu Asyraf Halim (Timbalan 1), Mohamed Sukri Omar (Timbalan 2), Haszrilhafizi Mohayan (Timbalan 3) dan Henry Teoh Kien Hong (Timbalan 4).

Muhammad Hanif Jamaluddin dilantik sebagai setiausaha sementara Muhammad Affendi Mohd Dilif (Penolong Setiausaha 1), Dr Aravind Kumar (Penolong Setiausaha 2) dan Muhammad Ali Raja’ie Jamaluddin (Penolong Setiausaha 3).

- Advertisement -

Mohammad Ferris Mohd Fasiah dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan dipegang oleh Khairul Nadzir Hilmi manakala ahli jawatankuasa terdiri daripada Muhammad Fadzli Abu Bakar, Zukri Ahmad, Muhammad Shahmi Shamsuddin, Ahmad Mukriz Mohd Azhari, Tan Kok Chong dan Simon Dass.

Menurut Hanafi, mesyuarat itu juga turut membincangkan program bersama Pemuda PN negeri dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat.

“Dengan terbentuknya Jawatankuasa Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor, insya-Allah segala program dan perancangan Pemuda PN Selangor akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Kami komited untuk memberikan khidmat yang terbaik buat rakyat Malaysia khususnya kepada anak muda Selangor,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, harapan yang besar daripada Pemuda PN negeri buat anak-anak muda dapat bersama memberi sokongan dan menerima serta bersama dengan tawaran konsep negara berkebajikan dan berintegriti demi masa depan negara. – HARAKAHDAILY 28/4/2021

- Advertisement -