Kita sebenarnya sering tertipu dengan ‘trending’ media sosial

- Advertisement -

TAHUKAH kita, sesuatu yang viral itu boleh diatur? Setiap platform media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain) memiliki Algorithm tersendiri dalam membuatkan sesuatu perkara jadi viral. Contohnya bila sesuatu posting dapat banyak engagement dari berbagai demografi (jantina, tempat, umur, interest dan lain-lain), platform tersebut akan detect bahawa ia adalah public interest. Lalu ia akan memaparkan kepada pengguna lain dalam demografi yang serupa posting tersebut.

Ini bentuk viral secara organik. Bukan melalui bayaran advertisement. Tentera siber (cybertrooper) akan digunakan untuk melaksanakan hal ini. Pertama, setiap cybertrooper diarahkan untuk mendaftar seberapa banyak akaun palsu dengan maklumat demografi yang telah ditentukan. Kedua, mereka diarahkan pula untuk engage posting tertentu untuk trigger algorithm platform itu. Ketiga, laman web tertentu digunakan bagi menampakkan kepelbagaian sumber. Keempatinfluencer turut dilibatkan. Kelima, petik autoriti untuk respon. Ini antara resepi Viralisme.

- Advertisement -

Kini, banyak pihak menawarkan khidmat tentera siber upahan. Mereka tidak berdaftar, tetapi mereka wujud dan mencetuskan industri baru. Pelanggan utama mereka adalah orang politik, tetapi orang bisnes dan selebriti juga banyak pakai.

Justeru jangan percaya sangat sesuatu yang trending di media sosial. Viral di media sosial tak semestinya semua orang tengah sibuk pasal hal itu. Kemarahan di media sosial tak semestinya kemarahan awam sebenar.

Siapa banyak duit, boleh menang dalam perang persepsi di media sosial. Walaupun mereka minoriti, tetapi boleh menggambarkan suara majoriti di media sosial. Jalan paling baik adalah kita selidik dahulu fakta sebenar dari sumber primer dan bukti asli. Kemudian letak fakta atas pertimbangan syarak dan akal. Jika perlu, rujuk kepada pakar dalam bidang tersebut. 

Bersikap reaktif tanpa menyelidik dahulu fakta sebenar adalah sikap paling mudah untuk diperbodohkan pembohong terancang di media sosial. Untuk lawan trend ini pula, tak cukup dengan sikap memberi penjelasan keadaan sebenar sahaja. Perlu wujudkan juga skuad cybertrooper untuk melawan. Skuad yang tahu bermain dengan Algorithm. Skuad yang melaksanakan gerak kerja secara tersusun. Skuad yang menerima arahan secara jelas dan spesifik.

Apapun, bagi yang faham situasi ini akan semakin jelas apa yang Nabi gambarkan sebagai tipu daya akhir zaman. Sesuatu yang tak mampu dielak, tapi tetap perlu ditangani.

ALANG IBN SHUKRIMUN
16 Ramadhan 1442
28 April 2021 – HARAKAHDAILY 28/4/2021

- Advertisement -