Tragedi Kursk Rusia

- Advertisement -

TAHUN 2000, Kursk, kapal selam Rusia juga pernah karam dan mengorbankan kira-kira 118 kru. Kursk dikesan gagal dihubungi setelah melepasi waktu latihan tembakan torpedo yang dijadualkan luput jam 13:30. Disebabkan ia dianggap pengalaman biasa, pernah terjadi gangguan komunikasi dan gagal dihubungi, namun akhirnya kapal selam selamat sahaja, maka ketika tragedi ini berlaku, tiada bantuan pantas diberikan.

Impak letupan pertama dan kedua dirasai dan disedari awal oleh awak-awak, namun laporan mereka pada ibu pejabat tidak dilayan. (Uncovering the Kursk cover up, 2003) Emergency rescue buoy Kursk pula telah sengaja dinyahaktif ketika misi sebelumnya, menyukarkan misi pencarian kapal selam tersebut.

- Advertisement -

Pada tengah hari kejadian letupan, sebelum Kremlin (pusat pentadbiran Rusia) dimaklumkan berkaitan karamnya kapal selam Kursk, pihak pertahanan Amerika Syarikat telah menerima maklumat tersebut lebih awal. Apabila maklumat rasmi disahkan, Kerajaan British, Perancis, Jerman, Itali dan Norway menawarkan bantuan bagi misi pencarian Kursk. 

Amerika Syarikat turut menawarkan salah satu khidmat kapal selam mereka untuk misi pencarian. Namun, Rusia menolak semua bantuan asing. Rusia yakin mereka mampu segera menemui Kursk. Hanya lima hari setelah tragedi tersebut, apabila misi pencarian tidak berjaya dengan pelbagai faktor termasuk cuaca buruk, akhirnya Presiden Putin menerima tawaran bantuan British dan Norway, pada 17 Ogos.

Ekoran tragedi tersebut, Putin dikecam hebat keluarga mangsa dan media Rusia. Putin bertindak atas nasihat ketenteraan Rusia, yang mendakwa keadaan masih terkawal, dan kemungkinan kapal selam mereka diserang musuh yang kemudian menghulur bantuan. Putin baru menjadi Presiden selama 4 bulan ketika peristiwa ini. Tambah malang, dalam tempoh 24 jam tragedi Kursk, gambar Putin bersuka ria dalam parti barbeku dirakamkan di villa percutiannya di Laut Hitam. Sebuah filem telah dihasilkan berdasarkan tragedi ini [1]:

كلُّ ميتٍ يُختَمُ على عملِهِ إلا المرابطَ في سبيلِ اللهِ فإنَّهُ يُنْمَى له عملُهُ إلى يومِ القيامةِ ويأمنُ من فتنةِ القبرِ

“Setiap yang mati ditutup atas amalannya kecuali para murabith fi sabilillah. Pahala mereka terus berkembang hingga kiamat. Dan mereka aman dari azab kubur.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Imam Ahmad)

Bagi umat Islam, kita beruntung jika kita mati lemas, kita berpeluang meraih ganjaran syahid. Adapun jika kita terkorban ketika bertugas untuk menjaga keselamatan negara, kita mendapat ganjaran murabithun, pahala tidak putus-putus bermula kematian hingga kita dibangkitkan. Jika digabungkan kedua-duanya, sesungguhnya Allah Maha Menghitung.

SOFIA ALWANI ALI – HARAKAHDAILY 27/4/2021

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=565540214837896&id=100041457684121

- Advertisement -