Tidak dibenar berada di tempat awam selepas 8 malam

- Advertisement -

BINTULU: Ekoran penularan pandemik Covid-19 orang ramai dilarang berada di tempat awam selepas jam 8 malam di daerah itu berkuatkuasa hari ini hingga 10 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat berkata, tiada individu dibenarkan berada di tempat awam selepas jam 8 malam tanpa sebab atau alasan munasabah.

- Advertisement -

Kata beliau sekiranya gagal memberikan alasan munasabah, individu berkenaan boleh dikenakan kompaun serta merta.

“Mereka yang ingin membeli barangan keperluan rumah hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar dalam radius tidak melebihi 10 km dari kediaman,” katanya pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Bintulu semalam.

Hadir sama pada sidang media itu Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung, Ketua Polis Daerah Bintulu Supt. Zulkipli Suhaili dan Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid.

Jack juga berkata, semua sektor pekerjaan di Bahagian Bintulu diwajibkan melaksanakan bekerja dari rumah.

Katanya, semua sektor pekerjaan juga diwajib melaksanakan 70 peratus kakitangannya bekerja dari rumah dan hanya 30 peratus sahaja kehadiran ke pejabat.

Menurutnya juga orang awam diwajibkan menjalani ujian calitan RT-PCR bagi mendapatkan kelulusan daripada Pejabat Kesihatan dan permit polis untuk rentas zon atau daerah. – EDISI UKAS

- Advertisement -