PRU15: MN Kota Raja kekal momentum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jalinan Muafakat Nasional (MN) Kota Raja diharap berkekalan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Ketua Bahagian Umno Kota Raja, Dato’ Kamaruzzaman Johari.

Jelasnya, beliau memohon agar kerjasama erat MN Selangor khususnya Kota Raja dapat dikekalkan momentumnya.

Dalam masa sama, Setiausaha PAS Kawasan Kota Raja, Syed Abd Malek Syed Mustaffa berkata, beliau berharap majlis masak bubur lambuk secara bergotong royong anjuran MN Kota Raja dapat membina hubungan yang baik serta mengeratkan ukhwah antara kedua-dua parti.

- Advertisement -

Program sedemikian katanya mencapai objektif utama program iaitu mengeratkan silaturahim antara jentera serta ahli PAS dan Umno.

Turut hadir dalam Majlis Masak Bubur Lambuk Maufakat Nasional Kota Raja, Jawatan Kerja Kuasa PAS Kawasan Kota Raja, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja, Ketua Cawangan PAS Kampung Sungai Kandis serta pimpinan-pimpinan Umno Kota Raja.

Penyediaan bubur lambuk bermula seawal jam 8 pagi dengan dua periuk besar disusuli dengan pembungkusan dan penghasilan sebanyak 400 bekas bubur lambuk.

Kemudian diagihkan kepada petugas-petugas serta kepada cawangan-cawangan melibatkan kedua-dua parti serta penduduk setempat di sekitar Kampung Sungai Kandis, Shah Alam. – HARAKAHDAILY 27/4/2021

- Advertisement -