MDB nafi kadar sewa tapak ‘uptown’ mahal

- Advertisement -

ALOR SETAR: Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai kenyataan palsu berkenaan harga sewa tapak Uptown di Baling mahal, yang cuba dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Exco Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata, tular di media sosial kononnya Majlis Daerah Baling (MDB) mengenakan harga yang tinggi kepada penyewa tapak tersebut.

- Advertisement -

“Hal tersebut bercanggah daripada yang sebenar sedangkan harga tender yang ditawarkan kepada penganjur lebih rendah daripada harga yang ditawarkan kepada peniaga,” katanya di sini.

Menurut beliau sebelum ini pada 30 Mac lalu tapak peniaga uptown di kawasan Batu 42, Baling ditender kepada penganjur swasta bagi menguruskan kawasan berkenaan.

Harga yang ditawarkan agak rendah kerana mengambil kira kos yang perlu ditanggung penganjur termasuk bayaran petugas RELA, kos sanitasi, kebersihan dan lain-lain bagi penyelenggaraan di tapak uptown tersebut.

Dr Mohd Hayati berkata, Majlis Daerah Baling menegaskan kenyataan tersebut tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat berkaitan isu terbabit.

Oleh itu beliau berharap pihak tidak bertanggungjawab berhenti mengeluar dan menyebarkan kenyataan palsu yang bertujuan merosakkan reputasi serta nama baik kerajaan negeri dan Majlis Daerah Baling. – HARAKAHDAILY 27/4/2021

- Advertisement -