Masuk premis imbas kod, dalam kedai tidak jarak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tahap kepatuhan rakyat Kelantan terhadap normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengurangkan risiko penularan Covid-19 dianggap masih di tahap rendah.

Tinjauan Harakahdaily di beberapa lokasi mendapati kebanyakan masyarakat seolah-olah alpa dengan pandemik yang sedang melanda, di mana semua jajahan di Kelantan dikategorikan zon merah.

Tinjauan di sekitar kedai makan dan pasar raya di sini mendapati, masyarakat seolah-olah ada yang tidak peduli dengan keperluan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

- Advertisement -

Bagaimanapun rata-rata mengikut SOP mengimbas QR kod sebelum memasuki premis tertentu, namun mereka didapati gagal mematuhi jarak fizikal satu meter.

Seorang pengunjung yang ditemui Amirah Rosli, 27, orang ramai di tempat membeli-belah kurang mematuhi penjarakan sosial seperti yang ditetapkan SOP

“Mereka beratur untuk masuk ke sesebuah kedai namun jaraknya tidak sampai satu meter, sedangkan perkara itu penting kerana kita tidak mengenali individu di sekeliling kita,” katanya.

Katanya, tahap pematuhan yang rendah dapat dilihat di kedai, pasar raya atau warung di kampung.

Selain itu turut dikesan masih terdapat sesetengah pihak mengamalkan ziarah-menziarahi dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu Amirah meluah rasa bimbang kerana masih ada pihak tidak mejaga penjarakan fizikal sehingga berlakukan sentuhan.

“Masyarakat harus sedar tentang penjagaan SOP bagi mengelak kegagalan usaha kerajan untuk memutuskan rantaian Covid-19,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/4/2021

- Advertisement -