Semarak Kasih Ramadan ke Jempol dan Setapak

KUALA LUMPUR: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam siri jelajah Semarak Kasih Ramadan telah singgah di Jempol, Negeri Sembilan dan Setapak, di sini.

Advertisement

Dalam ziarah menyantuni warga emas, miskin, sakit, armalah dan anak yatim serta orang kelainan upaya itu beliau turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban golongan terbabit.

Menurutnya, kebajikan dilaksanakan di bulan Ramadan dengan pejuh keimanan akan menjadi asbab rahmat dan pertolongan Allah S.W.T serta akam diberi denga  sebaik-baik ganjaran di sisi-Nya kelak.

“Orang kaya mereka perlu bersyukur dengan harta yang mereka dapat. Begitu juga fakir miskin, kurang upaya, perlu bersabar dengan ujian diberikan,” ujarnya menitip motivasi dan doa kepada mereka dikunjunginya.

Beliau diiringi Ketua Muslimat PAS Negeri Sembilan, Umi Fazilah Abi Samah serta beberapa yang lain ketika menyampaikan bantuan sumbangan program ini di Muassasah Darul Sharif, Jempol, kelmarin.

Manakala di Dewan Masyarakat Setapak, semalam, majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Abdul Rani Mohamad Daud dan Pengerusi Kebajikan OKU, Zakaria Yahya.

Turut sama adalah Pengerusi As-Sabiqat Muslimat PAS Malaysia, Khadijah Mahmud dan Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia, Zurina Din.

Program turut diisi denga  solat berjemaah, munajat AKIFI, tahlil dan sesi tazkirah dipimpin oleh Nuridah sendiri. РHARAKAHDAILY 25/4/2021