Pemuda yakin 7 parlimen potensi menang di Selangor

Hanafi Zulkapli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Selangor yakin PAS berpotensi memenangi tujuh kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 berdasarkan usaha gigih yang dilakukan jentera PAS di setiap kawasan.

- Advertisement -

Ketuanya, Ustaz Hanif Zulkafli berkata PAS Selangor akan menyasarkan parlimen Shah Alam; Kuala Selangor dan Hulu Langat di mana kerusi-kerusi tersebut pernah dimenangi PAS.

Beliau yakin empat kerusi parlimen lain yang berpotensi dimenangi iaitu parlimen Bangi; Kuala Langat; Sg Buloh dan Kapar.

“Saya mewakili Pemuda PAS Selangor menegaskan bahawa Pemuda Pemuda PAS bersedia sepenuhnya untuk menangkan sekurang-kurangnya 7 Parlimen pada PRU-15,” katanya.

Beliau menegaskan jentera Dewan Pemuda PAS telah bersedia apabila perincian jentera mencapai melebihi 70 peratus untuk menghadapi pilihan raya umum 15.

Tegas beliau, keputusan memenangkan 7 parlimen itu berdasar lonjakan penting untuk memastikan semua parlimen sasaran menjadi realiti dan bukan hanya omongan kosong.

Beliau yakin dengan kemenangan itu setelah melihat persediaan jentera Pemuda dan sambutan masyarakat di setiap kawasan ketika program jelajah #Youth4Green (#Y4G) bermula di Parlimen Kapar dan berakhir di Parlimen Bangi. – HARAKAHDAILY 25/4/2021

- Advertisement -