Tulisan Mahathir cenderung menghasut rakyat – UMMAH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan membuat satu laporan polis berhubung tulisan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikongsi menerusi Facebook beliau.

Tulisan itu menggambarkan kecenderungan untuk menimbulkan perasaan curiga, menghasut dan cuba mempersoalkan tindakan-tindakan yang Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

- Advertisement -

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa mempersoalkan sama ada Mahathir sedang cuba membuat hasutan kepada rakyat untuk membenci dan menolak institusi raja berpelembagaan di Malaysia.

“Jika benar, ia amat bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang jelas melindungi institusi tersebut sebagai paksi dan pancang utama sistem negara.

“Maka, UMMAH akan membuat satu polis, agar satu siasatan dapat dijalankan oleh PDRM bagi melihat apakah tujuan yang dimaksudkan oleh Tun dalam tulisan beliau,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Laporan polis akan dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, jam 1 petang pada 22 April, hari ini. – HARAKAHDAILY 22/4/2021

- Advertisement -