Nelayan tertua Muar terima kurniaan Sultan Johor

WARGA emas, Chua Ngoh Ti, 75, yang kini tidak dapat turun ke laut disebabkan masalah kesihatan, bersyukur di atas kurniaan barangan keperluan makanan yang diterima daripada DYMM Sultan Johor.

Beliau merupakan antara 400 nelayan di seluruh daerah Muar yang menerima bantuan keperluan makanan pada hari ini (22 April) menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Muar dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Advertisement

“Disebabkan masalah kesihatan, saya tidak dapat turun ke laut sejak tahun lalu untuk mencari pendapatan. Saya amat bersyukur di atas kurniaan yang diterima hari ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada DYMM Sultan Johor, di mana Baginda sentiasa membantu golongan susah di Johor.

“DYMM Sultan Johor sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat Baginda tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya kepada Royal Press Office (RPO). 

Bantuan disampaikan Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong dengan diiringi Dato’ Ng Chong Bun dan Pengerusi Lembaga Pengarah PNK Muar, Kamarudin Arshad 

https://www.facebook.com/456817247818307/posts/1829117940588224/ – HARAKAHDAILY 22/4/2021