GWS desak KPM siasat aduan gangguan seksual di sekolah

Wan Hasrina Wan Hassan
- Advertisement -

GERAKAN Wanita Sejahtera (GWS) mengambil serius laporan daripada thevibes.com bertajuk ‘NGOs ream out MoE, Mara over claims of ‘period spot checks’, sex assault, grooming in schools‘ yang disiarkan pada 21 April 2021.

GWS mendesak Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dengan kadar segera aduan-aduan dari kalangan pelajar perempuan yang ‘trending’ di twitter. Aduan-aduan ini harus menjadi satu penggera kesedaran untuk melipatgandakan perlindungan ke atas para pelajar daripada gangguan seksual.

- Advertisement -

GWS menegaskan bahawa sekolah harus menjadi tempat pendidikan terbaik kepada generasi muda.Justeru itu proses pendidikan mestilah seiring dengan akhlak dan etika yang baik. Tindakan perlecehan terhadap maruah pelajar perempuan mesti dihentikan.

GWS menasihatkan agar budaya pergaulan sihat mengikut Islam iaitu saling menghormati antara pelajar lelaki dan perempuan serta antara pelajar dan guru dipupuk bersungguh-sungguh di pusat pendidikan agar setiap pelajar khususnya wanita dihormati selayaknya sepertimana tuntutan Islam.

WAN HASRINA WAN HASSAN
Pengerusi,
Gerakan Wanita Sejahtera – HARAKAHDAILY 22/4/2021

- Advertisement -