Wanita PN Perak fokus semarakkan aktivti kebajikan

- Advertisement -

IPOH: Wanita Perikatan Nasional (PN) Perak akan terus memperkukuh kerjasama sedia ada dalam PN, demikan jelas Naib Ketua 1 PN Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

- Advertisement -

Jelas Dr Najihah, kerjasama yang terjalin itu akan memandu hala tuju Wanita PN Perak agar terus fokus meningkatkan gerak kerja parti di setiap peringkat sekaligus mendukung kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Alhamdulillah sebelum ini kita (juga) telah mengadakan pertemuan seperti ini. Kini tiba giliran PAS sebagai tuan rumah.

“Dengan pertemuan ini setiap wakil parti yang hadir dapat sama-sama menyumbang idea dan merancang perlaksanaan program secara bersama-sama.

“Sebagai parti kerajaan, kita hendaklah sentiasa bersikap optimis sebagai usaha membantu kerajaan dalam menerajui pemerintahan negara.

“Krisis pandemik COVID-19 ini masih belum reda. Maka kesatuan semua pihak amat penting untuk membantu kerajaan mengekang wabak ini,” kongsinya.

Dalam pada itu jelas Dr Najihah, fokus Wanita PN Perak buat masa ini ialah meningkatkan aktiviti bersama khususnya kerja-kerja kebajikan dan menyemarakkan Ramadan untuk meningkatkan persefahaman antara satu sama lain. – HARAKAHDAILY 21/4/2021

- Advertisement -