Pertandingan kemahiran diperluas untuk cungkil bakat

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, selesai menghadiri Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) yang telah diadakan di Hotel Everly Putrajaya. Mesyuarat telah membincangkan status pelaksanaan dan perancangan pelaksanaan pertandingan kemahiran di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sepanjang 2021.

Saya turut dimaklumkan dalam mesyuarat kali ini berkenaan aktiviti-aktiviti pertandingan kemahiran yang telah dilaksanakan sehingga bulan April 2021 yang merangkumi pertandingan kemahiran dan latihan secara dalam talian peringkat Antarabangsa, sesi perkongsian ilmu oleh pakar negara dalam 10 bidang kemahiran serta aktiviti promosi pertandingan kemahiran.

- Advertisement -

Mesyuarat juga telah meluluskan perancangan pelaksanaan aktiviti pertandingan kemahiran yang akan dilaksanakan sehingga penghujung tahun 2021. Akitiviti-aktiviti tersebut termasuklah penganjuran pertandingan kemahiran peringkat Kebangsaan iaitu WorldSkills Malaysia Belia (WSMB), WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP), Junior Skills Malaysia (JSM), Virtual Skills Malasyia (VSM); penyertaan dan penganjuran bersama pertandingan kemahiran dalam talian WorldSkills Asia (WSA), pelaksanaan kajian impak pertandingan kemahiran, mempergiatkan aktiviti promosi dan cadangan penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE) Pertandingan Kemahiran.

Turut hadir dalam mesyuarat ini, para pengurusan Tertinggi KSM serta ahli MPKM terdiri daripada pegawai agensi awam yang mewakili kementerian dan agensi yang terlibat secara langsung dengan pertandingan kemahiran serta wakil sektor swasta yang terdiri daripada persatuan industri, penyedia latihan kemahiran swasta serta wakil industri.

YB HAJI AWANG HASHIM
Timbalan Menteri Sumber Manusia – HARAKAHDAILY 21/4/2021

- Advertisement -